Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.
Doa
Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.siapa saja yang membaca doa
ini, maka syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku
menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat ini
juga. Dengan sebab membaca doa ini, Allah akan ampunkan dosanya
setahun”
Barangsiapa yang membaca doa AWAL tahun ini, insyaAllah
dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di
sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selesai
maghrib pada malam satu Muharram.Barang siapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada
tahun ini karena Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya
daripada fitnah Syaitan”.
DOA AKHIR TAHUN
Bismillahirohmannirrohim
Washollohu
alla sayidina muhamaddin waala ahlihi wa syohbihi wa sallam. Allahuma
ma amiltu fihadihis sanati mimma nahaitani anhu. Falam atub minhu walam
tardhohu walam tansahu wahalamta ala ba`da qudrotika alla ukuwbati illa
taubati minhu ba`da jurati alla maksiatika fa inna astargfirukha fag
firli wamma amiltu fimma mimma tardhohu wawaadtani allaihi sawaba faas
alluka allohuma ya khariymu ya dzaldzalali wal ikhromi. Antataqoballahu
mina thatho rojanni minka yakharimmu wa shollahu alla sayidina
muhammadin nabiya umma wa alla ahlihi wa shobihi wa sallam.
“ Allah
SWT bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan,
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat
daripadanya. Sedangkan Engkau tidak ridha dan tidak melupakannya. Dan
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk
menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas
keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang
demikian daripada apa yang Engkau ridhainya dan Engkau menjanjikanku
dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang
Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau
mengabaikan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah
bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengkharuniakan kesejahteraan ke atas mereka”
DOA AWAL TAHUN
Bismillahirohmannirrohim
Washollohu
alla sayidina muhamaddin waala ahlihi wa syohbihi wa sallam. Allahuma
anta abadiul khodimu awallu.Wa alla fadlikal adhimi wujudikal muawali
wahadaamu jadidu kod akhbala ilaina nasaalukal mismata.Fihiminasyaitoni
waauliyaihi wajunudihi wal auna alahadihinafsilamaroti bisuui
waistighollu bima yukhoronumi illaika julfa ya dzaldzalali wal
ikhromi.Yaa arhamar rohiminna wa shollahu alla sayidina muhammadin
nabiya umma wa alla ahlihi wa shobihi wa sallam.
“ Allah SWT
bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan,
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentara-tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari
mereka yang mengasihi dan Allah bersalawat ke atas penghulu kami
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
http://mdimaz.wordpress.com/2009/12/13/doa-awal-dan-akhir-tahun-islam
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar